Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya Shahril Faidzal (Shafarina). Menjual barang barang seperti Premium Beautiful,Bio Aura, dan Bio Zone. Kepada semua pengunjung Terima Kasih tak terhingga kerana melawat website saya. Jika ada sebarang pertanyaan jangan malu atau segan Call saya 016-4420483 atau email shahrilfaidzal@yahoo.com. Saya seorang yang friendly dan sangat suka untuk bawa berbincang. Jika tidak faham barang - barang saya jual. Boleh tanya saya terus. Terima Kasih.
Thursday, April 21, 2011
Tuesday, April 12, 2011
Akulah Gurunya....(kesinambungan dari cerite episod satu)
Episod 2:
Setelah menjejakkan kaki ke IPGM kampus Tuanku Bainun, status ku berubah menjadi seorang yang bakal disegani dan dihormati..i hope so...iaitu guru..guru tanpamu siapalah aku tanpaku siapalah kamu...hohoho....walaupun tempoh yang singkat sewaktu ku di maktab...namun seribu..dua ribu..tiga ribu pengalaman yang begitu berharga buat diriku."dirimu begitu berharga"....huks banyak tol iklan...dan di situlah juga pertemuan aku dengan seseorang..siapakah orangya? Banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba sewaktu dan luar waktu di maktab. Sekaligus bekalan aku sebagai seorang guru. Pengalaman pahit manis, suka dan duka bersama kawan2 dan pensyarah. Ada sampai kena pulau ngan kawan sekelas.Kawan satu negeri pulak tu..gara2 tak puas ngan cara aku kot. Peduli apa aku...korang perangai seperti kebudak-budakkan..tak matang...umur lebih lanjut dari aku..tapi perangai tak macam gaya seorang guru. salah satunya "anti kenegerian dan semangat kenegerian yang terlalu extreme". Semangat kenegerian tu tak salah..hamba sokong sangat..tapi janganlah nak berkawan pun pilih kawan senegeri je...Kata yang berkata pun kata berkawan biarlah seribu berkasih biarlah 2 3 4 org ke..ckpkn kuota... :) Akhirnya korang yang susah kene tegur dek pensyarah keloghatan terlalu pekat...masalahnya nanti...kalau mengajar di bukan negeri tempat kamu lahir...budak tak paham ape yang kamu cakap...Ape salahnya cuba dari sekarang bercakap bahasa yang standard.Kamu juga yang senang. Ini tak pendapat kita tak mahu diterima.lantak korangla...yang peliknya ape2 hal minta aku yang buat juga...ahh...persetanla ngan diorang tu..cite sampai sok pun tak abis. Ada aku kisah?
Perkara manis...erm antaranya mestilah bersama ngan si dia...yang tu secretla..takkan nak share kot...gaduh?biasalah adat org bercinta ni..org yang bercinta ni kalau tak gaduh tak sah namanya...ataupun dgn bahasa kasarnya..pasangan ni tak normal kot..hahahaha...Perkara yang seronok bile bersama kawan2 di IPTB. Itu takkan ku lupakan sampai bila2.Banyak bende baru yang aku belajar di maktab...terima kasih kepada pensyarah yang bersusah payah mengajar dan mencurahkan ilmu kepada kami semua. Ada satu cerita yang agak kelakar dan memalukan diriku. Bayangkan pada minggu orientasi kami..aku dalam kumpulan aku...kn jd wakil plak tu..tak faham ngan kehendak soalan pensyarah sewaktu kena bentangkan hasil kerja kumpulan kami. Otak ku masih lagi di luar kotak pemikiran...Aku masih tidak sedar bahawa aku sudah pun selangkah di alam bidang pendidikan. Ape yang aku bentangkan tidak mengikut tajuk ataupun tema yang dikehendaki....jalan cerita betul..tapi hasilnya lain?Korang faham tak ni? Soalan minta kami buat berasakan produk pendidikan dan penggunanya sudah tentulah murid sekolah. Hahahaha...aku boleh melencong citer sal bisnes...siap buat demo lagi..lawaks tol. Ni dh lari tajukla ni..hahaha..biasalah melencong kit...menyelam sambil minum air...sape org tu?org yang lemasla..tertelan air laut atau sungai...x pandai menyelam la tu...sama mcm aku..hahahaha...begitu confidentnya aku...ingat waktu PL dan BIG...aku cukup seronok bermain air dan berkayak...dibantu penuh oleh life jacket. Terima kasih life jacket... Pelik kan aku suka aktiviti air dan lasak..tapi aku tak reti berenang...whatever...
Ok..ok..kita lupakan hal2 di maktab... Ingat lagi tak ceritaku di episod pertama....Jawapan yang ku cari telah ku temui sewaktu aku menjalankan PBS dan praktikal. Pertama kali aku di sekolah sebagai guru pelatih...berhadapan ngan pentadbir sekolah, guru dan y plg penting murid sekolah. Cemas, risau, cuak, takut dan malu sume ade cukup lengkap...Suasana berhadapan ngan pensyarah dan rakan seangkatan (guru pelatih) berbeza sekali ngan suasana mereka di sekolah. Cikgu...ade yang friendly...ade y serius, ade y lawak..ade yang masam mcm cuka...ade yang jalan tu selisih buat tak nampak je kami ni..Takpe itu cabaran yang pertama harus aku tempuhi...Macam tula juga perasaan aku sewaktu aku melaporkan diri ke sekolah baru aku tempat aku bertugas sekarang. Air yang tenang jangan disangkakan tidak akan berkocak dek ikan yang melompat2 menangkap serangga untuk dimakan. Betui ka?kalau betui karangan dapat seratus la nanti... J Maksudnya disini..jangan kerana pandangan pertama kita dah boleh menilai seseorang tersebut...Tidak adillah untuk mereka. Mereka sebenarnya baik dan ramah. Masih ingat lagi aku kepada GPK Koko..En. Mohd Arsad...keramahannya sampai ke kedai makan...Terasa beliau seperti seorang kawan yang seangkatan. Tidak lupa juga guru pembimbing...pada mulanya En. Mohd Fouzi ni aku ingat seorang yang serius..tak pernah senyum...garang dengan budak...sehinggakan kendengaran suaranya dari tingkat atas sampai ke bawah ketika menengking muridnya di dalam kelas. Aku mula risau...tapi sebenarnya beliau la paling BEST. Tak lupa juga jiran mentuaku... Pn Hjh. Munah. mantan GB SK Sri Kerian, terima kasih saya ucapkan...Begitu juga cikgu2 yang lain. Pengalaman pendek bersama kamu semua amat beerti. Murid...dulu dan sekarang memang aku cukup tegas dengan mereka...pada hari pertama aku di dalam kelas (praktikal) aku bersikap serius pada tahap sederhana...kalau serius yang terlampau..budak takkan rasa seronok..malah kite sendiri pun takkan rasa selesa ngan diri kita.. Tujuan aku bukan untuk menakutkan mereka...tapi tidak memberi peluang mereka naik lemak dan memijak2 kepala aku suatu hari nanti. Aku juga ade sifat toleransi dan timbangrasa.Erm.................
Bersambung....
Monday, April 11, 2011
Akukah Seorang Guru
Ditujukan kepada kawan2 yang mengenali dan terutama sekali kepada cikgu-cikgu. Cerita ini adalah benar dan sebenarnya oleh Yuna.
Episod pertama:
Selepas sekolah aku dah pasang niat nak sambung belajar dalam bidang pendidikan, namun nasib tidak menyebelahiku, mungkin belum rezeki ku lagi. Aku mendapat tawaran dalam bidang lain. Namun ku teruskan perjuanganku hingga ke penghujungnya. Dalam masa yang sama aku masih mencari-cari apakah jenis kerjaya yang aku harus aku ceburi selepas tamat pengajian nanti....adakah cita-cita untuk menjadi seorang guru hanya sekadar dibibir sahaja. zaman sekarang bukan zaman untuk memilih pekerjaan. Setelah menghabiskan pengajianku di UKM dan sudahpun bergelar seorang graduan..hatiku gembira tak terkata walaupun bidang yang aku pelajari itu bukanlah keinginanku tapi aku berjaya menamatkan dengan penuh kesabaran dan harapan yang menggunung. Ini kerana aku tidak ingin mengecewakan harapan kedua ibu bapaku.
Keputusan peperiksaan universiti aku tidaklah membanggakan sangat sekadar lulus je...janji cukup syarat. Alhamdulillah Allah telah menemukan ku pintu rezekiku yang pertama. Abis konvo..aku terus mendapat satu pekerjaan di Amanah raya berhad...Secara kontrak...tak ape..aku terima...walaupun hanya gaji kontrak dan tidak setaraf gaji graduan..aku ambil peluang ini. Taraf hidup di K.L dengan gaji yang aku dapat bulanan hanyalah cukup2 makan sahaja. Itu sebab aku masih bujang lagi. Aku tidak berhenti sampai di situ sahaja..Aku terus berusaha...dan berusaha lagi untuk mencari yang terbaik untuk diriku. Dalam masa yang sama aku terus lupa dengan cita2 ku untuk menjadi seorang guru.
Setelah hampir setahun berkhidmat di amanah raya, aku masih lagi tidak ditawarkan ke jawatan tetap..kerja taraf graduan tapi gaji taraf lepasan SPM...bukan nak 'demand' bukan nak berlagak...tapi semua ini untuk masa depan aku dan keluarga. Aku tidak merungut..hasil kesabaran yang aku pegang dan pratikkan...Allah sekali lagi telah membuka pintu rezeki ku yang ke dua.. Kali ini aku ditawarkan ke jawatan kerani tetap..di jabatan penjara malaysia..tiada perbezaan dari segi gaji..hampir sama..tapi jaminan lebih baik dari sebelum ini.
Setahun aku di penjara...ops bukan dipenjarakan..aku hanya bekerja di sana je. Dalam tempoh setahun hatiku terbuka dan rasa terpanggil setelah melihat kejayaan ramai kawanku yang dikenali sebagai CIKGU sekarang.kenapa aku tidak mencuba nasib seperti mereka. Dalam pada itula aku telah memohon KPLI buat kali pertama. Alhamdulillah aku berjaya dalam temuduga dan ditawarkan untuk berkursus dalam bidang perguruan. Tak tahu mcm ne nak citer perasaan aku ketika itu.Aku tidak peduli dengan kata-kata orang, bahawa cikgu lepasan KPLI ni nak jadi cikgu bukannya apa..sebab dah takde kerja lain...dengan menggunakan tiket ijazah...melayakkan seorang itu memohon KPLI dan seterusnya menjadi seorang cikgu. Apa Ingat siswazah yang beribu kat luar yang minta KPLi ni sume dapat ke?bukan senang nak dapat KPLI.Tak ramai yang dipilih hanya berapa kerat je. Bukan nak kata aku ni yang terbaik..tapi inilah dinamakan rezeki. Ada juga suara2 sumbing dan sumbang..jadi cikgu senang..makan gaji buta je..cukup bulan dapat gaji..pergi sekolah tengah hari dah balik..Ingin aku tegaskan di sini tujuan aku memilih profesion ini pada awalnya adalah untuk berjuang demi nasib dan masa depan ku..takkan nak berada di takuk yang lama lagi...sapa2 pun mahukan peningkatan.Taraf hidup kita ni biarlah setaraf dengan ekonomi semasa. Barulah boleh hidup.
Kini (tahun 2009) aku dikenali sebagai guru pelatih. Pada awalnya aku masih tidak nampak lagi apakah perjuangan yang sebenarnya seorang guru? Apakah betul pilihan aku ini? Adakah aku boleh menghadapi dengan bakal pelajarku nanti?Adakah aku ni sorang yang tegas, penyabar dan berwawasan?Adakah aku dapat menyampaikan ilmu dengan baik?Layakkah aku sebenarnya? Dan yang paling penting adakah aku mampu melahirkan anak didikku yang cemerlang gemilang dan terbilang? Sume ini bermain di minda aku. Namun, setelah aku melalui pengalaman PBS dan praktikal di sekolah..dari situlah aku mula menemui jawapan satu persatu yang selama ini tergantung di ampaian...hahahaha....ani angkat hujan..jemuran dah turun...
bersambung........
Subscribe to:
Posts (Atom)